Friday, 27 July 2012
KONGSI: ANIMASI MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
Yang mana anda sebenarnya did alam video ini. Saya mendoakan anda semua seorang yang berkopiah dalam video ini. Istiqomah itu perlu untuk meneruskan kebaikan. Ini kerana membuat perubahan itu senang tetapi mempertahankan perubahan itu memerlukan kekuatan diri. Belajarlah untuk memperahankan. Bermula lah dari yang kecil2 perubahan barulah memerokai yang besar-besar dengan syarat mesti ISTIQOMAH.
Ehem2: Admin banyak kali juga gagal dalam membuat perubahan. Sesiapa boleh berkongsi idea untuk kuatkan perubahan.
KLUANG: PASARAYA TERBARU KLUANG SUDAH DIBUKA
UO SUPERSTORE
PASARAYA LAIN DI KLUANG
Pasaraya UO Kluang yang memegang slogan "Untuk Orang Ramai" telah dibuka secara rasminya pada 27 Julai 2012. Pasaraya yang dimiliki oleh Johor Corporation ini bakal digegarkan oleh pengunjung dari seluruh Kluang (jika barang2nya murah dan bagus). Semoga berjaya UO.
Ehem2: Admin memang pilih yang murah2 sebab gaji admin cukup2 makan. Tapi mahal tak semestinya bagus kan.
FAKTA: 10 MASJID TERCANTIK DI DUNIA
Assalamualaikum W.B.T!
Masjid adalah tempat untuk orang Islam beibadat..
Kriteria untuk memilih masjid tercantik ini berdasarkan keluasan, sejarah, fasiliti dan fungsi sesebuah masjid itu..
Mungkin kita dah tahu dan mungkin kita tak tahu!
Mungkin kita tahu tapi kita terlupa..
Saksikan.. 10 Masjid terindah di dunia..
Subhanallah..
10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.
Masjid Negara Bangladesh. Ditemui pada 1960-an dan terletak di tengah-tengah bandar Bangladesh.Mampu memuatkan 30, 000 jemaah dalam satu masa. Walaupun masjid ini adalah antara 10 masjid yang terbesar di dunia, keluasannya masih tidak mampu untuk menampung jemaah yang sangat ramai di negara itu. Di sebabkan itu, Bangladesh memutuskan untuk menambah lagi keluasan masjid ini.
09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.
Masjid Faisal di Islamabad ini adalah masjid yang terbesar di selatan timur dan selatan Asia dan masjid yang ke-4 terbesar di dunia. Masjid ini memegang rekod masjid terbesar dunia pada 1986-1993 sebelum rekod masjid terbesar diambil alih oleh Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco dan selepas pembesaranMasjid Al-Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, Saudi Arabiapada tahun 1990-an.
08. Masjid Sultan, Singapura.
Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampong Glam Rochor daerah diSingapura ini masih dianggap salah satu masjid yang paling penting di Singapura. Masjid sultan pada dasarnya tidak berubah sejak ia dibina, hanya dengan penambahbaikan yang dibuat di dewan utama pada tahun 1960 dan lampiran ditambah pada tahun 1993. Ia ditetapkan sebagai monumen kebangsaanSingapura pada 14 Mac 1975.
07. Masjid Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia.
Masjid Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat bandar Banda Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid itu dibakar,dan Belanda membina semula sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid berkubah ini hanya dapat disiapkan pada 27 Disember, 1883. Masjid ini diperluaskan lagi dengan 3 kubah pada tahun 1935. Dan akhir sekali berkembang lagi kepada 5 kubah di 1959-1968. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling indah di Indonesia, mempunyai bentuk unik, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan rasa nyaman sekiranya berada di dalam bilik masjid.
06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.
Masjid Taj'ul, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ia juga antara masjid terbesar diAsia. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu petang.
05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid diraja untuk Kesultanan Brunei yang terletak diBandar Seri Begawan, ibu kota Kesultanan Brunei. Masjid ini diklasifikasikan sebagai salah satu masjid yang paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi tarikan utama kepada pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap sebagai mercu tanda negara bagi penduduk Brunei.
04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 dan dibiayai oleh Tunku Mahmud,anak Shah Sultan Tajuddin Mukarram. Masjid ini adalah makam pahlawan Kedah yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Kedah dari Siam pada tahun 1821. Seni bina dari masjid yang diilhamkan dari Masjid Azizi di bandar Langkat di utara Sumatera, Indonesia. Masjid ini diasaskan dengan lima kubah besar yang melambangkan lima prinsip utama Islam.
03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.
Masjid Al-Aqsa (bermaksud masjid paling jauh), juga dikenali sebagai Al-Aqsa, adalah makam Islam di Kota Lama Baitulmaqdis. Di masjid itu sendiri ada sebahagian daripada al-Haram ash-Sharif (bersama dengan Dome of the Rock), sebuah laman yang juga dikenali Kuil Gunung sebagai tapak suci dalam agamaYahudi, kerana ia dipercayai menjadi Kaabah di Jerusalem pernah didirikan. Masjid ini dianggap sebagai tapak ketiga paling suci dalam Islam. Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Masjid Al-Aqsa semasa perjalanan malam. Masjid ini dijadikan kiblat umat Islam selama tujuh bulan.
02. Masjid Al Nabawi di Medina, Saudi Arabia.
Masjid Al-Nabawi merupakan masjid kedua paling suci dalam Islam dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu tempat yang paling penting masjid ini adalah Kubah Hijau (pusat masjid), di mana makam Nabi Muhammad terletak. Tidak diketahui bila kubah hijau itu telah dibina tetapi manuskrip awal kurun ke-12 menjelaskan tentang kubah. Pemimpin awal Islam yang juga merupakan sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab juga telah dikebumikan di sekitar masjid ini.
01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.
Masjid Al Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid yang terletak di kota Mekah, di sekitar Kaabah, di mana ia menjadi kiblat umat Islam. Masjid ini dianggap tempat paling suci di muka bumi. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terbesar. Struktur meliputi kawasan seluas 400.800 meter persegi (99.0 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup dan boleh menampung sehingga 4 juta orang dalam tempoh Haji, salah satu ibadah terbesar tahunan Islam di dunia.
Ehem2: Di Malaysia juga terdapat masjid yang cantik2 tapi penuh ketika Solat Jumaat dan Hari Raya sahaja. SEDIH.
KONTROVERSI: KOPITIAM DIDAKWA MASAK KATAK DIKOMPAUN
Isu ini susulan post blog admin di http://kitabperibadiku2012.blogspot.com/2012/07/kontroversi-masak-makan-katak-di-dapur.html
GEORGETOWN - Laporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam.
Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.
Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatanmengeluarkan 15 kompaun serta-merta.
Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatanmengeluarkan 15 kompaun serta-merta.
Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.
Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan kamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Dari jauh pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses memohon sijil halal.
“Notis ini mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas operasi.
Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari; Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
(Dipetik daripada Siti Nadia Ahmad Zainal, Sinar Harian)
Thursday, 26 July 2012
DEDAH: RADIX ASLI VS RADIX PALSU
"Yang mana satu pilihan kalbu"
Permintaan yang tinggi terhadap kopi Radix ini menyebabkan banyak yang tiruan berlaku. Sememangnya rasa dan khasiatnya amat berbeza antara kopi2 ini. Rasanya yang pahit dan langsung tidak mengandungi herba yang berkesan. Pilihan gambar A ialah Kopi Radix yang betul keluaran HPA Group of Companies. Pengamal kopi Radix HPA ini nedapat kesan positif seperti berhenti merokok, merawat tulang patah, melawas pembuangan air, mengurangkan tahap kanser dan lain-lain. Jadi, pilihlah Kopi Radix yang original dari cawangan HPA.
Ehem2: Saya pengamal Kopi Radix HPA tegar.
LAWAK: KERETA CHINA TIRU KERETA NEGARA MAJU
Jom pakat tengok video ini. Harap Malaysia terutamanya PROTON dan PERODUA tidak ikut gaya negara China ini. Cukuplah tiru-tiru model kereta negara lain. Saya lebih bangga kereta ciptaan sendiri PROTON seperti Proton Persona dan Gen-2.
Ehem2: Isteri saya guna kereta Persona.
KONTROVERSI: "MASAK, MAKAN KATAK DI DAPUR KOPITIAM"
JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.
Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka. "Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.
Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.
"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.
“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.
Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.
“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.
Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.
Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam. Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.
Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.
Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.
“Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.
"Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan,” katanya.
Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.
Antaranya ialah melalui www.penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.
Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan.

p/s: Saya suka makan di rumah. Jaminan halalnya.
(Dipetik daripada SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS, Sinar Harian)
LOGO ALTERNATIF MERDEKA 55 (YANG KONTROVERSI) UNTUK PILIHAN DSNAJIB RAZAK
Cadangan kepada Perdana Menteri Malaysia, DSNajib Razak untuk memilih mana-mana dari logo berikut untuk ditukarkan dengan logo asal. Ini semua adalah hasil kerja rakyat Malaysia yang kreatif dan prihatin.
Note: Semua design adalah hak cipta terpelihara designer yang berkenaan. Kepada yang tak tahu rupa logo asal, anda boleh rujuk di http://kitabperibadiku2012.blogspot.com/2012/07/kontroversi-logo-55-tahun-merdeka.html
(Dipetik dari Oh!Media Facebook)

LAWAK: WAKTU BERBUKA BULAN PUASA
Adakah perkara in berlaku pada anda? Saya harap tidak. Ini bukan lawak semata-mata tetapi sebagai teguran juga kepada saya dan anda sekalian. Tidak semestinya kita kena mengingati waktu Maghrib di bulan Ramadhan sahaja kerana kita hendak berbuka puasa tetapi sentiasalah mengingati waktu tersebut dan semua waktu solat supaya kita tergolong dalam golongan yang disayangi Allah. InsyaAllah.
p/s: Jangan ingat waktu solat saja, solatlah sekali di awal waktu.
p/s: Jangan ingat waktu solat saja, solatlah sekali di awal waktu.
Subscribe to:
Posts (Atom)